Saturday, April 21, 2018

KETAM : Garispanduan No. 47C Pindaan 2013 : Tatacara Mengundi di Pilihanraya Umum

Garispanduan No. 47C Pindaan 2013 : Tatacara Mengundi di Pilihanraya Umum



1.Perutusan dari Ketua Setiausaha


Kementerian kami telah berusaha sepanjang tahun ini untuk menyediakan satu garispanduan yang komprehensif untuk memberi tunjuk-ajar kepada rakyat Malaysia tatacara yang betul untuk mengundi sempena pilihanraya umum. Garispanduan ini bertujuan mengelakkan kekeliruan mengenai apa yang betul dan apa yang salah, apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang. Garispanduan ini juga merupakan sebahagian daripada strategi Kementerian untuk membimbing golongan muda supaya menjadi rakyat yang produktif, effisyen dan berdaya maju.

Sekian. Terima kasih dan selamat mengundi.





2. Semakan Daftar Pengundi
Semua pengundi yang telah berdaftar digalakkan menyemak daftar pengundi secara on-line. Semakan boleh dilakukan di laman webSuruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Cepat dan selamat. Tak perlu membuang masa dan merempit di pejabat SPM atau mana-mana pejabat kerajaan. Semak sahaja on-line.
















Rajah 1 : Semakan online - mudah dan cepat

Semakan on-line hanyalah untuk mereka-mereka yang telahpun berdaftar sebagai pengundi. Yang belum berdaftar, tak payahlah nak semak nama di senarai pengundi – memang tak ade punya. Mereka-mereka yang belum berdaftar mempunyai dua pilihan iaitu (i) duduk meraung kat rumah ataupun (ii) duduk saja di tepi jalan dan garu kuat-kuat.

Rajah 2 : Mereka yang belum berdaftar atau tidak mahu berdaftar bolehlah duduk di tepi jalan dan menggaru harta benda masing-masing.


3. Khabar Angin
Semua pengundi dinasihatkan bahawa terdapat banyak khabar-khabar angin yang disebarkan oleh orang-orang tertentu bertujuan mengelirukan pengundi. Para pengundi dinasihatkan agar jangan membuang masa membaca blog-blog, surat khabar, Facebook and Twitter kerana semuanya menyiarkan fitnah dan berita palsu. Pihak Kementerian menyarankan supaya pengundi-pengundi hanya membaca blog Planet of the Monyets.


Rajah 3 : Jangan mempercayai blog-blog dan suratkhabar

Rajah 4 : Jangan mendengar khabar angin.


Rajah 5 : Jangan menyebar khabar angin



4. Undi Anda Rahsia
Undi anda adalah rahsia. Jangan beritahu sesiapapun parti mana yang anda akan atau telah mengundi. Jangan beritahu isteri, suami, emak, bapa, adik, nenek, jiran, adik angkat, kakak angkat, orang utan, kucing jiran, anjing jiran, tukang potong rumput, polis, bomba, kawan-kawan di Facebook, dsb, dsbnya. Undi itu Rahsia.


5. Tatasusila Semasa Mengundi

5.1 Pakaian Pengundi Wanita

Pengundi wanita dimestikan memakai pakaian yang senonoh. Pakaian yang menampakkan ponggong (lihat contoh Rajah 5) tidak dibenarkan sama sekali.


Rajah 5 : Pakaian yang mendedahkan ponggong adalah dilarang



5.2 Pakaian Pengundi Lelaki
Penguni lelaki harus menutup bahagian kemaluan (Rajah 6). Lelaki yang sengaja mendedahkan kemaluan mereka, walau sekecil manapun, akan ditahan oleh pasukan penguatkuasa KETAM.

Rajah 6 : Pakaian lelaki yang mendedahkan kemaluan adalah dilarang


5.3 Beratur Ketika Mengundi
Apabila tiba di pusat mengundi, sila beratur untuk membuang undi. Pengundi lelaki beratur disebelah kanan, pengundi wanita beratur disebelah kiri dan pengundi LGBT ditengah-tengah. Pengundi lelaki tidak dibenarkan beratur dalam posisi yang mencuriagakan (Rajah 7 dan 8). 

Rajah 7 dan 8 : Beratur di stesyen mengundi dalam posisi yang mencuriagakan (i.e. beratur style brader) adalah dilarang sama sekali



5.4 Memegang and bermain ekor
Pada hari mengundi, pengundi lelaki tidak dibenarkan memegang serta bermain dengan ekor masing-masing di sekitar pusat mengundi (Rajah 9)



Rajah 9 : Memegang dan bermain ekor sendiri adalah dilarang.


5.5 Meminum arak

Pengundi tidak dibenarkan membawa masuk minuman keras ke pusat mengundi


Rajah 10 : Minuman keras tidak boleh dibawa masuk ke pusat mengundi


6. Penggunaan Dakwat Kekal
Pihak SPM akan mengamalkan sistem dakwat kekal untuk mengelakkan pemalsuan atau penipuan. Pengundi-pengundi dinasihatkan supaya berkerjasama kepada pegawai-pegawai yang bertugas untuk menandakan jari telujuk masing-masing dengan dakwat kekal. 


Pengundi-pengundi yang ingin  menanggalkan dakwat kekal sebaik sahaja selepas mengundi bolehlah menggunakan kaedah yang tertera dibawah.


Rajah 11 : Prosedur untuk menanggalkan dakwat kekal dengan segera


7. Sembahyang
Pengundi-pengundi yang ingin sembahyang supaya calon kesayangan mereka menang diminta berhubung dengan pegawai bertugas di pusat mengundi.


Rajah 12 : Tempat sembahyang ada disediakan di pusat mengundi



8. Peraturan Lalulintas
Untuk mengelakkan berlakunya kesesakakan lalulintas di sekitar pusat mengundi, para pengundi dinasihatkan supaya berkongsi kenderaan (car pooling).


Rajah 13 : Pengundi digalakkan untuk berkongsi kenderaan (car pooling)

Untuk mengelakkan kesesakan lalulintas, pengundi juga dinasihatkan supaya tidak merempit di tengah tengah jalanraya sebelum dan selepas mengundi. Mereka-mereka yang merempit di tengah-tengah jalan dan menyebabkan traffic jam akan ditahan oleh pasukan penguatkuasa KETAM.


Rajah 14 : Kelakuan merempit di tengah-tengah jalan adalah dilarang


8. Larangan berkempen di sekitar stesyen mengundi
Segala bentuk kempen dan iklan politik adalah dilarang sama sekali di sekitar pusat mengundi. Orang ramai juga dilarang mengibar bendera parti-parti politik, memakai baju atau tshirt yang mengayakan logo atau symbol symbol parti politik atau melaungkan slogan-slogan berunsur politik. Orang ramai hanya boleh mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar pusat mengundi.

Rajah 15 : Kibarkan Jalur Gemilang sahaja



9.Pemeriksaan Keselamatan
Untuk memastikan keselamatan dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini di pusat mengundi, pihak polis dan polis bantuan akan menjalankan pemeriksaan keselamatan dari masa ke masa.

Pemeriksaan ini bertujuan untuk menghalang orang perseorangan daripada membawa bahan-bahan merbahaya, dadah ataupun senjata ke kawasan mengundi. Pemeriksaan intim secara rambang akan dilakukan sepanjang hari mengudi. Pengundi-pengundi dinasihatkan untuk memberi kerjasama.

Rajah 16 : Pemeriksaan keselamatan secara intim akan dijalankan oleh pasukan penguatkuasa KETAM. Para pengundi diminta memberi kerjasama.


10. Lembaga Rayuan
Mereka-mereka yang didapati bersalah, ditahan atau didenda mempunyai hak untuk merayu kepada Lembaga Rayuan KETAM (Rajah 17). Semua rayuan akan diberi pertimbangan yang sebaik-baiknya.


Rajah 17 : Lembaga Rayuan KETAM


11. Kesimpulan
Garispanduan Tatacara Mengundi di Pilihanraya Umum ini bertujuan mendidik masyarakat Malaysia, terutamanya kaum monyet, mengenai konsep pilihanraya serta konsep demokrasi. Adalah menjadi harapan KETAM masyarakat Malaysia akan bersatu hati menerap nilai-nilai murni yang terkandung di dalam garispanduan ini. Sekian. Selamat Mengundi. 


Jadilah Pengundi yang Berhemah.